Wednesday, October 13, 2010

Kami



Credits to ADAMREMY & Izzat of DuaJiwa Photography

Wednesday, October 6, 2010

Antara Cinta, Roti dan Kek...

Assalamualaikum.

Tuan-tuan dan puan-puan. Kedai kami akan berehat seketika untuk memberi laluan kepada diri kami bersempena dengan hari bersejarah kami pada hujung minggu ini.



Salam penuh cinta kek & roti.

Faiz Halim & Iqa Radzi
Tukang buat roti & Tukang buat kek

Friday, January 15, 2010

Go! Go! Go!

Assalamualaikum.

Untuk mendapatkan feel yang lebih, sila tatap gambar-gambar yang dipamerkan ini semasa perut anda sedang kosong. Tuan-tuan, kami adalah pembuat dan pemasak aneka jenis kek dan roti. Puan-puan, kami juga sedia menerima tempahan khas yang mengikut permintaan pelanggan kami. Abang-kakak, kalau berada berdekatan dengan kedai kami.. Sudi-sudikanlah masuk dan beri sokongan kepada kami, generasi baru yang berjiwa kental. Adik-adik, roti-roti WhiteManggo sememangnya akan membuatkan semua pemakan berada di dalam fenomena cinta dan kasih sayang.








GO! GO! GO! White Manggo!

Saturday, January 9, 2010

Kek Perkahwinan & Bun

Assalamualaikum tuan-tuan dan puan-puan.

WhiteManggo sedia menerima tempahan kek perkahwinan, pertunangan, hari jadi, cup cakes, cream puff dan pelbagai bun sosej. Kepada pakcik-makcik, abang-kakak dan adik-adik yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk kami. Bolehlah menghubungi kami di talian sepertimana yang tertera di atas.

Salam keamanan dari kami di WhiteManggo.

_____________________________

Ladies and Gentlemen,

White Manggo accepts orders of cakes, cupcakes, cream puffs and the assortments of our sausage buns for various occasions such as weddings, engagements, birthdays and many more. For those who are interested, please do not hesitate to contact us to know more about our products on the contact numbers listed above.

Heaps of love from all of us at WhiteManggo.

Monday, December 28, 2009

Kami WhiteManggo

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini dengan sopannya kami ingin menunjukkan gambar-gambar hasil produksi WhiteManggo Pastry & Bakery. Mari rasa teruja ramai-ramai. Mulai dari sekarang, kami akan mengemaskini blog kami dengan gambar-gambar dan gosip-gosip makanan untuk santapan jiwa dan mata anda. Sebarang pertanyaan mengenai produk-produk kami, bole terus menghubungi kami yang sedang berada di dapur WhiteManggo. Terima kasih!


Dari kiri Fugilo Bun, Pizza Bun


Dari kiri Minnie Me Swiss Roll, Chocoviva Cake